CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 20, 2009

KEHIDUPAN AKHIRAT ITU PASTI ADA DAN TIADA KERAGUAN PADANYA..

Kita manusia sekalipun dianugerahkan akal fikiran dan kekuatan serta harta benda yang bertimbun namun kita tidak mampu untuk memastikan sesuatau yang akan datang atau yang belum terjadi. Sebagai contoh terdekat, kita membeli tiket kapal terbang untuk ke Sabah atas urusan penyelidikan. Sudah tertera pada tiket kapal terbang tersebut tarikh, masa berlepas dan tempat berlepas, namun ada sebab-sebab tertentu yang menghalang penerbangan tersebut terpaksa ditunda atau dibatalkan sama sekali. Begitu juga dalam perkara yang lain, tidak ada yang pasti terjadi, hanya kemungkinan-kemungkinan sahaja yang akan terjadi.
Apa yang pasti pada kita semua adalah kita semua akan mati kerana perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini hanyalah sementara sahaja seperti pemusafir yang akhirnya akan kembali negeri asalnya. Seperti Firman Allah :

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati “.

Itu adalah suatu janji yang pasti dari Tuhan yang Maha Mengetahui. Kehidupan di akhirat ini adalah suatu yang pasti akan terjadi atas diri setiap manusia, sesuatu yang tidak boleh diragukan kerana demikianlah ditegaskan berulang-ulang di dalam kitab-kitab suci Allah s.w.t, Firman Allah dalam Al-Quran :

“ Sesungguhnya kiamat itu pasti terjadi, tidak ada keraguan padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur “
(al-Haj :7 )
“ Sesungguhnya Kiamat ( kebangkitan ) itu akan terjadi, hampir saja AKU rahsiakan , supaya setiap orang dibalasi dengan apa saja yang ia pernah lakukan “.
( Taha :15 )

Jikalau hidup ini hanya sekali sahaja, iaitu hanya hidup di dunia sekarang saja, sedangkan dalam kehidupan dunia sekarang, ada yang teraniaya dan menganiaya, ada yang menindas dan tertindas, ada yang kaya dan ada yang miskin, ada yang memukul atau membunuh dan ada yang kena pukul dan ada yang kena bunuh, ada yang panjang umur dan ada yang pendek umurnya, ada orang yang sentiasa berbuat baik sepanjang hidupnya dan ada orang sepanjang hidupnya sentiasa berbuat jahat. Oleh itu, jika difikirkan dengan akal kita yang sihat adalah tidak adil Tuhan menciptakan kehidupan di dunia ini, bukan sekadar tidak adil tetapi tidak bijaksana. TETAPI…….ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Pandang dan perhatikanlah susunan alam yang terbentang luas maka akan tampak dengan nyata dan jelas akan keadilan dan kebijaksanaan Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya.

Keadilan Allah dan kebijaksanaan Allah Yang Maha Mencipta, maka YAKINLAH kita bahawa setiap penganiayaan, pembunuhan, fitnah dan segala kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu akan diadili dan diperiksa dengan seadil-adilnya serta akan dipertanggungjawabkan kepada setiap pelakunya. Setiap inci perbuatan dan setiap gerak-geri manusia iti adalah di bawah pengawasan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Jika kehidupan manusia adalah semata kehidupan di dunia sahaja, dan tidak ada kehidupan lain disebalik kehidupan di dunia ini, maka berbahagialah dan beruntunglah sekalian manusia yang sentiasa menganiaya, membunuh, menindas, kaya dan hidup serba mewah, berkuasa sepanjang dan berdukacita dan terlalu malang bagi sebahagian manusia yang sentiasa tertindas, miskin dan hidup serba kekurangan, tidak berkuasa, dikecam sepanjang masa dan teraniaya serta terbunuh.

Menurut Socrates….“ Tidak percaya hidup di akhirat adalah falsafah hidup orang-orang yang jahat “


OLEH ITU, KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH PASTI ADA DAN TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA.

0 comments:

Ana n Eiyza Mase kat tepi pantai...

Ana n Eiyza Mase kat tepi pantai...