CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 20, 2009

AZAM BARU…

Seperti yang kita ketahui bahawa iman para NABI dan RASUL adalah sentiasa MENINGKAT manakala iman para MALAIKAT adalah sentiasa sama dan yang perlu diingati bersama ialah iman MANUSIA kita adalah sentiasa NAIK dan TURUN, oleh yang demikian dengan kehadiran tahun baru 1431Hijrah ini, adalah satu kesempatan dari Allah Yang Sangat sayangkan kita dengan memberi kesempatan buat kita semua untuk memperbaikki diri dan mempertingkatkan keimanan kita yang selalu naik turun nie….
Azam baru ini bukanlah terhad kepada sesuatu perkara semata-mata, malah azam kita perlulah meliputi dalam pelbagai aspek…ingin dikongsikan dengan akhwat azam ana pada tahun 1431H nie..hehe walaupun ada lagi azam tahun yang lepas yang belum pun tercapai...tapi ana sebagai hamba yang lemah akan trus menanam azam dan tekad untuk jadi hamba yang terbaik di cc Khaliqnya dan insan yang terbaik di cc manusia.

1. memperlengkapkan solat 5 waktu dengan solat sunat sebelum dan selepas.
( Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum subuh dan 4 rakaat selepas zohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 arakaat selepas magrib, 2 rakaat selepas isya’) yelah..sebelum nie kadang2 buat kadang SubhanAllah langsung tak
2. memperbanyakkan zikir selepas solat ( zikir kalimah Tayyibah )
3. melakukan solat sunat Taubat dan solat hajat sebelum masuk tidur ( sebagai penyuci diri ana yang banyak buat dosa kepada yang Maha Esa )
4. sentiasa melakukan solat dhuha dan solat isyra’
5. memenuhi waktu magrib hingga waktu isya’ dengan membaca al-Quran, surah yasin, al-Waqiah dan al-Mulk serta as-Sajadah ( lupakan sebentar keseronokan dunia )
6. bersedia untuk menunaikan solat 5 waktu 5-10 minit sebelum masuk waktu agar diri sentiasa bersedia untuk menunaikan perintah wajib Allah
7. membaca ma’thurat selepas solat subuh dan selepas solat asar
8. buat ta’lim @ membaca kitab Fadhilat Amal sebelum tidur selepas solat sunat
( walaupun ana baca sorang2 jer )
9. sentiasa membaca bahan-bahan ilmiah
10. menyambung pelajaran diperingkat master dalam bidang pendidikan islam

sebenornyyer…ana de banyak lagi azam, kalau di taipkan di sini pun tak muat rasanya. Namun apa yang ana tuliskan pada kali ini bukan untuk memberitahu semua orang yang ana nie bagus dan konon2nya berlagak alim, tapi adalah bertujuan nak ajak diri ana sendiri dan akhwat semua sama2 menanam azam dan sama2 kita merialisasikan azam kita di atas satu matlamat iaitu matlamat untuk
MENDAPAT REDHA ALLAH….

Doa :

“ Kurniakalah aku CintaMu Yang Maha Agung ( 3 x) dan cinta manusia yang cintakan kepada MU dan cinta orang yang cintakan kepada orang yang boleh hampirkan kepada Mud an jadikanlah Cinta terhadap Engkau Ya Allah…terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”.

Surah Abasa

Ayat 33 : MAKA apabila datang suara dahsyat
34 : Di hari itu tiap orang lari dari saudaranya
35 : Dari ibu dan bapanya
36 : Dari isteri dan anak-anaknya
37 : Tiap orang di hari hanya memikirkan diri sendiri
38 : ( Tetapi ada pula ) beberapa muka di hari itu bersinar-sinar
39 : Tertawa da sukaria
40 : ( Dan ada pula ) beberapa muka di hari itu diliputi duka
41 : Ditindih oleh kegelapan
42 : Mereka itu adalah orang-orang kafir yang durhaka


Suara dahsyat yang memecahkan anak telinga yang belum pernah terdengar sebelumnya. Iaitu suara kiamat, suara letusan gunung bumi bukan gunung, letusan matahari dan planet-planet.manusia lari tanpa tujuan meninggal teman, saudara, ibu bapa, anak dan isteri. Seorang ibu melemparkan bayi kesayangan yang sedang digendongnya. Setiap manusai hanya memikirkan dan mementingkan diri sendiri.masing-masing mereka terkejud secara luar baisa.beginilah suasana terjadinya KIAMAT.

Setelah terjadinya kebangkitan, manusia terbahagi kedalam dua keadaan. Ada yang mukanya berseri-seri, gelak ketawa, riang gembira. Senang bahagia. Dan ada pula yang bermuram durja, berdukacita, muka berkerut, sedih dan pilu. Yang girang gembira tentu sahaja orang-orang yang beriman kerana ternyata apa yang mereka imani itu menjadi kenyataan, tidak sia-sia. Di depan mereka terbentang masa yang gemilang dan cemerlang, sedang yang bermuram durja tentu saja orang-orang yang kafir dan durhaka, kerana ternyata benar apa yang diimani orang-orang yang beriman yang mereka dustakan. Di depan mereka terbentang masa yang gelap, azab dan siksaan neraka.

Berat bagi mereka mempercayai firman-firman Allah dan sabdaan RasulNya di masa hidup mereka di alam dunia sekarang ini. Dan berat pula suasana yang mereka hadapi di hari akhirat itu nanti.

Beruntunglah sekalian orang-orang yang sampai peringatan al-Quran ini kepada mereka, dan amat rugilah sesiapa yang tidak pernah mendengar peringatan ini. Yang mereka dengarkan hanyalah bunyi-bunyi muzik dan lagu, cerita-cerita komik dan bahan-bahan yang tidak ada nilai dan ertinya sama sekali. Sedangkan firman-firman Allah, sabdaan Rasulullah mereka tidak hiraukan dan tidak mereka pelajari. Dalam pada masa itu, mereka bertekun setekun-tekunnya membaca dan mempelajari berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan cerita buat-buatan yang tidak mengandungi kebenaran sama sekali. Mereka bertekun mempelajari berbagai ilmu pengetahuan duniawi sedangkan ilmu keakhiratan mereka jauhi sejauta dan jauh-jauhnya. Tidak menarik hati mereka sebab tidak dapat dipergunakan untuk mencari harta dan pangkat serta mencari makan dan minum.

( BEY ARIFIN dari buku Hidup Sesudah Mati )

KEHIDUPAN AKHIRAT ITU PASTI ADA DAN TIADA KERAGUAN PADANYA..

Kita manusia sekalipun dianugerahkan akal fikiran dan kekuatan serta harta benda yang bertimbun namun kita tidak mampu untuk memastikan sesuatau yang akan datang atau yang belum terjadi. Sebagai contoh terdekat, kita membeli tiket kapal terbang untuk ke Sabah atas urusan penyelidikan. Sudah tertera pada tiket kapal terbang tersebut tarikh, masa berlepas dan tempat berlepas, namun ada sebab-sebab tertentu yang menghalang penerbangan tersebut terpaksa ditunda atau dibatalkan sama sekali. Begitu juga dalam perkara yang lain, tidak ada yang pasti terjadi, hanya kemungkinan-kemungkinan sahaja yang akan terjadi.
Apa yang pasti pada kita semua adalah kita semua akan mati kerana perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini hanyalah sementara sahaja seperti pemusafir yang akhirnya akan kembali negeri asalnya. Seperti Firman Allah :

“Setiap yang bernyawa pasti akan mati “.

Itu adalah suatu janji yang pasti dari Tuhan yang Maha Mengetahui. Kehidupan di akhirat ini adalah suatu yang pasti akan terjadi atas diri setiap manusia, sesuatu yang tidak boleh diragukan kerana demikianlah ditegaskan berulang-ulang di dalam kitab-kitab suci Allah s.w.t, Firman Allah dalam Al-Quran :

“ Sesungguhnya kiamat itu pasti terjadi, tidak ada keraguan padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang-orang yang di dalam kubur “
(al-Haj :7 )
“ Sesungguhnya Kiamat ( kebangkitan ) itu akan terjadi, hampir saja AKU rahsiakan , supaya setiap orang dibalasi dengan apa saja yang ia pernah lakukan “.
( Taha :15 )

Jikalau hidup ini hanya sekali sahaja, iaitu hanya hidup di dunia sekarang saja, sedangkan dalam kehidupan dunia sekarang, ada yang teraniaya dan menganiaya, ada yang menindas dan tertindas, ada yang kaya dan ada yang miskin, ada yang memukul atau membunuh dan ada yang kena pukul dan ada yang kena bunuh, ada yang panjang umur dan ada yang pendek umurnya, ada orang yang sentiasa berbuat baik sepanjang hidupnya dan ada orang sepanjang hidupnya sentiasa berbuat jahat. Oleh itu, jika difikirkan dengan akal kita yang sihat adalah tidak adil Tuhan menciptakan kehidupan di dunia ini, bukan sekadar tidak adil tetapi tidak bijaksana. TETAPI…….ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Pandang dan perhatikanlah susunan alam yang terbentang luas maka akan tampak dengan nyata dan jelas akan keadilan dan kebijaksanaan Tuhan yang menciptakan dan mengaturnya.

Keadilan Allah dan kebijaksanaan Allah Yang Maha Mencipta, maka YAKINLAH kita bahawa setiap penganiayaan, pembunuhan, fitnah dan segala kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu akan diadili dan diperiksa dengan seadil-adilnya serta akan dipertanggungjawabkan kepada setiap pelakunya. Setiap inci perbuatan dan setiap gerak-geri manusia iti adalah di bawah pengawasan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Jika kehidupan manusia adalah semata kehidupan di dunia sahaja, dan tidak ada kehidupan lain disebalik kehidupan di dunia ini, maka berbahagialah dan beruntunglah sekalian manusia yang sentiasa menganiaya, membunuh, menindas, kaya dan hidup serba mewah, berkuasa sepanjang dan berdukacita dan terlalu malang bagi sebahagian manusia yang sentiasa tertindas, miskin dan hidup serba kekurangan, tidak berkuasa, dikecam sepanjang masa dan teraniaya serta terbunuh.

Menurut Socrates….“ Tidak percaya hidup di akhirat adalah falsafah hidup orang-orang yang jahat “


OLEH ITU, KEHIDUPAN AKHIRAT ADALAH PASTI ADA DAN TIDAK ADA KERAGUAN PADANYA.

Thursday, May 21, 2009

Pengalaman 1st mengajar

Sudah laama rasanye tidak mencoret pd laman blog nie...bukan malas tapi kekangan masa yang tidak dapat dielakkan....xm...nak pindah lagi...nak cari rumah sewa...dan macam2 lagi....
Tapi alhamdulillah...hari nie diberi kesempatan olehNYa utk mencoret sedikit pengalaman pertamaku menjadi seorang guru...
awal-awal pagi lagi ana n teman serumah dah bersiap utk ke sekolah....tapi ana tak g naik mtr...ana n rumate tumpang Kak Effy guru satu sekolah merangkap teman satu rumah sewa...setelah sampai ke sekolah ana, Iza, Irwan n Nizam terus melaporkan diri di pejabat sekolah...penuh debaran ditaklifkan sebagai sebagaian warga pendidik...kami bertemu Ustazah Siti Salmah selaku PK 1 Akademik...kami diberikan jadual masing....saling pandang sesama sendiri...yang paling memeranjatkan ialah ana ditugaskan utk mengajar bahasa Arab al-Azhar... Tingkatan 1...bahagian Nahu....YA ALLAH...lemah rasanye...sejak sekolah lagi mmg paling lemah bila dengar perkataan Nahu...tub..tub...kena ngajar Nahu....tapi segala yg telah Allah rencanakan itu adalah yg terbaik buat ana...ana redha dengan tugasan yg telah diberikan...selain tuu ana kena ngajar Fekah Tauhid Tingkatan 2 dalam bahasa Arab dan Pendidikan Al-Quran Sunnah Tingkatan 4...

Apa yang bestnyer...dapat jadual kul 7.45 pagi then start ngajar kul 8.15 pagi....ana n kawan2 yg lain berkenalan dengan guru2 dan staf2 sokongan ...alhamdulillah respon daripada semua sangat baik...ana dilayan seperti kawan2 yang dah lama kenal..lagi pun ramai dari kalangan guru2 wanita yg hampir sama umurnya dengan ana....kiranya peelllnya lebih2 kurang la...seronok sangat, pengalaman hari pertama di sekolah dapat kenal Kak Wan, Kak Irfah, Kak Sutina, Kak Fidah, Kak Shima n ramai lagi ....yg berstnyer de rezki dapat kenal kakak kepada Ustazah Salina yag pernah jd Lecturer Tekno dalam P.I mase kat Um dulu....SUBHANALLAH !!!! dunia nie kecik sangat ek...

Pengalaman pertamaku...

sudah laama rasanye tidak mencoret pd laman blog nie...bukan malas tapi kekangan masa yang tidak dapat dielakkan....xm...nak pindah lagi...nak cari rumah sewa...dan macam2 lagi....
Tapi alhamdulillah...hari nie diberi kesempatan olehNYa utk mencoret sedikit pengalaman pertamaku menjadi seorang guru...
awal-awal pagi lagi wawa n teman serumah dah bersiap utk ke sekolah....tapi wawa tak g naik mtr...wawa n rumate tumpang Kak Effy guru satu sekolah merangkap teman satu rumah sewa

Wednesday, March 18, 2009

Simbiosis Makhluk dengan Penciptanya


" Ilahi, kasihanilah Hambamu yang lemah ini. Engkau Maha Mengetahui apa yang menimpa diriku, aku tak ingin kehilangan cintaMU.....Kau berikan ku kekuatan untuk menghadapi cabaran yang kian mencabar dalam memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa...Kau pegangi daku erat sehingga mana diriku tidak merasa keseorangan bila bersendirian ketika senang atau susah...hanya ku harapkan Rahmat dan Keredhaan daripadaMu Ya Ilahi..."

Ana n Eiyza Mase kat tepi pantai...

Ana n Eiyza Mase kat tepi pantai...